Masjid ini mula siap dibina pada tanggal
3hb Feb 1958. Dulunya masjid ini dikenali dengan nama Masjid Mukim Pusu Banyak, kemudian dinamakan Masjid Chabang Empat dan telah diberi penjenamaan semula dan kini dikenali sebagai Masjid Khairiah Chabang Empat. Ianya terletak di Jalan Kota Bharu iaitu kira-kira 200 meter dari simpang empat pekan Chabang Empat (Chabang Empat Tok Mek Ngah). Masjid ini senantiasa menjadi tempat persinggahan orang ramai kerana ianya terletak di laluan K.Bharu-Pengkalan Kubur(kedai bebas cukai). Sepanjang kewujudannya, masjid ini telah diterajui oleh 5 orang imam kesemuanya.Imam pertama ialah Tn.Hj.Jusoh b. Ismail. Kedua Tn.Hj.Salleh b. Hj.Ahmad Alias (Tok Imam Leh) diikuti Tn. Hj. Ab.Rahman b.Omar (Tok Imam Pakcik). Seterusnya Ab.Rahman b.Awang (Tok Imam Loman) dan sekarang disandang pula oleh Tn.Hj. Daud@Ab.Aziz b. Ab.Rahman.